
Kenaikan harga minyak dipercayai antara faktor mendorong lebih ramai pengguna beralih kepada pengangkutan awam, dengan LRT Laluan Kelana Jaya merekodkan purata 289,282 penumpang sehari tahun ini.
Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Sdn Bhd Nor Azmi Mohd Yusof berkata syarikat melihat peningkatan penggunaan pengangkutan awam terutama pada waktu puncak, apabila orang ramai mula mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian.
Menurutnya, purata kadar muatan penumpang Laluan Kelana Jaya kini mencecah 109% pada waktu puncak.
“Memang kita nampak pengguna banyak beralih daripada penggunaan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam dan daripada pihak kami, kita akan terus menambah baik perkhidmatan,” katanya pada sesi taklimat media hari ini.
Nor Azmi berkata peningkatan jumlah pengguna memberi cabaran besar kepada operasi Rapid Rail,…