Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Harga minyak naik tak jejas rancangan pembangunan Belanjawan 2027

today22 September 2026

Background


Akmal Nasir
Menteri Ekonomi Akmal Nasir, berkata isu harga minyak jadi perkara signifikan dengan keperluan melindungi rakyat bersama beban fiskal ditanggung.
PUTRAJAYA:

Kenaikan harga minyak dunia tidak akan mengganggu perancangan pembangunan negara di bawah Belanjawan 2027, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasir.

Beliau berkata, belanja pembangunan negara bagi tahun depan akan diteruskan seperti dirancang, meskipun kerajaan perlu menguruskan kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap subsidi dan ruang fiskal negara.

“Pada peringkat Kementerian Ekonomi, kita mendapat komitmen bahawa dari segi angka komitmen terhadap pembangunan itu akan diteruskan untuk tahun depan.

“Kita melihat bahawa walaupun mengurus harga minyak itu merupakan perkara yang mendesak atau bersifat jangka pendek, komitmen jangka panjang tetap perlu dikekalkan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Ekonomi.

Katanya, pergerakan harga minyak masih berdepan ketidaktentuan ketara dengan perubahan harga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post