Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Harga padi jatuh, pesawah minta harga lantai belian dinaikkan

today7 October 2023

Background


Kumpulan pesawah di Kedah menggesa kerajaan menaikkan harga lantai belian padi kepada RM1,500 untuk satu tan berbanding dengan kadar ketika ini RM1,200 yang disifatkan mereka sebagai terlalu rendah.

JERLUN: Pesawah di Kedah meminta kerajaan menilai semula harga lantai belian padi oleh pengilang di negeri itu iaitu pada kadar RM1,200 bagi satu tan yang disifatkan mereka sebagai terlalu rendah.

Mohd Sobri Osman, 60, berkata harga itu, yang ditetapkan oleh kerajaan, perlu disemak semula agar nasib pesawah dapat dibela.

Beliau berkata sebelum ini, pengilang ada menaikkan harga belian padi kepada RM1,700 bagi satu tan namun diturunkan semula kepada RM1,250 iaitu hampir mencecah harga lantai sejak 3 Oktober lepas.

“Kita minta jika tak dapat naikkan (harga belian) kepada RM1,700 bagi satu tan, dapat naikkan kepada RM1,500 bagi satu tan pun okey dah, kami bersyukur kerana harga dah lama tak naik-naik,” katanya pada sidang media.

Bagi Lim Han Bon, 38, harga belian padi oleh pengilang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post