Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Harga petrol, diesel kekal

today10 April 2024

Background


PETALING JAYA: Harga semua jenis petrol dan diesel kekal sehingga 17 April ini.

Harga RON97 kekal pada RM3.47, manakala RON95 dan diesel pula masing-masing RM2.05 serta RM2.15 seliter, menurut Kementerian Kewangan.

β€œBagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan.

Kementerian berkata kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post