
PETALING JAYA: Kadar harga semasa yang rendah menyebabkan pemilik persendirian merasakan tidak berbaloi untuk mengusahakan ladang getah, kata Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM).
Presiden Adzmi Hassan berkata, harga pasaran komoditi yang rendah menyebabkan produktiviti turut terkesan kerana tiada buruh ingin bekerja di ladang getah.
“Isu pokoknya harga getah tak berbaloi dah (untuk diusahakan), pekerja tempatan nak kerja dah tua. Bila upah orang buat…upahnya 50/50, katalah harga RM3 sekilogram, baru dapat RM1.50 seorang.

“Keduanya…dahlah harga rendah, produktiviti rendah, pendapatan kurang, jadi tuan tanah tak baja (pokok getah), kualiti lagi rendah,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, selain itu peraturan semasa turut membuatkan sukar bagi pekebun kecil mendapatkan tenaga buruh asing untuk…