
PETALING JAYA: Harga petrol RON97 dan harga runcit diesel di Semenanjung masing-masing naik 3 sen bermula esok.
Menurut Kementerian Kewangan, penetapan harga ini seiring peningkatan harga minyak pasaran dunia.
Harga RON97 naik daripada RM3.25 kepada RM3.28 seliter.
Diesel di Semenanjung pula naik daripada RM2.95 kepada RM2.98 seliter.
“Harga runcit diesel di Semenanjung
Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu
sebanyak RM3.35 seliter,” menurut kenyataan.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.”
Sementara itu, harga petrol RON95 kekal RM2.05.
Diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pun kekal RM2.15 seliter.
Kadar baharu ini berkuat kuasa 2 hingga 8 Jan ini.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran…