Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Harga RON97, diesel Semenanjung naik 5 sen

today8 January 2025

Background


PETALING JAYA: Harga petrol RON97 dan harga runcit diesel di Semenanjung masing-masing naik 5 sen bermula esok.

Menurut Kementerian Kewangan, penetapan harga ini seiring peningkatan harga minyak pasaran dunia.

Harga RON97 naik daripada RM3.28 kepada RM3.33 seliter. Diesel di Semenanjung pula naik daripada RM2.98 kepada RM3.03 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter,” menurut kenyataan.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.”

Sementara itu, harga petrol RON95 kekal RM2.05. Diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.

Kadar baharu berkuat kuasa 9 Jan hingga 15 Jan.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Masih awal menilai kemampuan pemain negara

Kuala Lumpur: Malang buat peminat badminton tanah air yang menaruh harapan tinggi untuk melihat wakil negara melangkah lebih jauh selepas dapat beraksi dalam saingan Terbuka Malaysia bertaraf Siri Super 1000, tapi ramai juga wakil negara yang tersungkur di pusingan pertama.

today8 January 2025