Menurut Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Boi Saidi Abd Razak, perbezaan ketara harga ubat di kedua-dua premis itu berpunca daripada kaedah pembelian yang mana farmasi lazimnya membeli stok ubat dalam kuantiti besar sekali gus mampu mendapatkan harga lebih rendah daripada pembekal.

Tambahnya, di klinik swasta, kuantiti ubat yang dibeli secara umumnya tidak banyak, sekali gus harga yang diberikan pembekal jauh lebih tinggi berbanding farmasi.
“Pada masa sama, klinik swasta juga turut menanggung pelbagai kos lain termasuk sewa premis, gaji kakitangan, lesen papan tanda, bil utiliti serta kursus berkala untuk pembaharuan lesen perubatan.
“Perbezaan harga ubat antara klinik swasta dan farmasi komuniti itu tidaklah terlalu tinggi,” katanya.
Untuk pengetahuan anda, bermula 1 Mei lalu, Kementerian Kesihatan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menguatkuasakan peraturan mewajibkan klinik swasta mempamerkan harga…