

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari menghargai cadangan menamakan beliau sebagai calon ketua menteri sekiranya gabungan itu memenangi PRN Melaka, namun mahu tumpuan diberikan kepada usaha memenangi sebanyak mungkin kerusi.
Adly berkata keutamaan PH ketika ini adalah memastikan calonnya menang sebelum memikirkan soal pembentukan kerajaan negeri.
“Kerana kita tahu proses pembentukan kerajaan itu banyak bergantung kepada jumlah kerusi yang kita menang,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH.
Semalam, Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari berkata Adly calon terbaik setakat ini untuk menerajui Melaka sekiranya gabungan itu mendapat mandat membentuk kerajaan.
Amirudin berkata Adly menjadi konsensus PH untuk dinamakan sebagai calon ketua menteri jika gabungan itu memperoleh majoriti atau diberi kepercayaan…