Hot FM

Hargai cadangan calon KM, namun Adly mahu fokus PH menang dahulu


Adly Zahari pernah menjadi ketua menteri Melaka dari Mei 2018 hingga Mac 2020 selepas PH mengambil alih kerajaan negeri pada PRU14.
HANG TUAH JAYA:

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari menghargai cadangan menamakan beliau sebagai calon ketua menteri sekiranya gabungan itu memenangi PRN Melaka, namun mahu tumpuan diberikan kepada usaha memenangi sebanyak mungkin kerusi.

Adly berkata keutamaan PH ketika ini adalah memastikan calonnya menang sebelum memikirkan soal pembentukan kerajaan negeri.

“Kerana kita tahu proses pembentukan kerajaan itu banyak bergantung kepada jumlah kerusi yang kita menang,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari berkata Adly calon terbaik setakat ini untuk menerajui Melaka sekiranya gabungan itu mendapat mandat membentuk kerajaan.

Amirudin berkata Adly menjadi konsensus PH untuk dinamakan sebagai calon ketua menteri jika gabungan itu memperoleh majoriti atau diberi kepercayaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version