Site icon Hot FM

Hari pengundian PRK Pulai, Simpang Jeram 9 Sept


Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh turut memaklumkan penamaan calon akan diadakan pada 26 Ogos, manakala pengundian awal ditetapkan pada 5 Sept.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Sept sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub

Pada sidang media di ibu pejabatnya pagi ini, Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata penamaan calon pula akan diadakan pada 26 Ogos, manakala pengundian awal ditetapkan pada 5 Sept.

Salahuddin, 61, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 23 Julai setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Beliau memenangi kerusi Pulai pada PRU15 dengan majoriti 33,174 undi, menewaskan Nur Jazlan Mohamed dari Barisan Nasional (BN) dan Loh Kah Yong dari Perikatan Nasional (PN).

Pada PRN Johor 2022, beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version