Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Harimau kumbang lintas jalan mati kena langgar

today20 May 2023

Background


Kejadian berlaku ketika haiwan itu melintas di Jalan Seremban-Simpang Pertang di Bukit Tangga, Jelebu petang tadi.

Tangkap layar video tular menunjukkan harimau kumbang itu merangkak ke tepi jalan selepas dilanggar sebelum ditemui mati.

PETALING JAYA: Polis mengesahkan kejadian seekor harimau kumbang mati akibat dilanggar sebuah kereta di Bukit Tangga di Jelebu, dalam satu video yang tular di media sosial.

Ketua Polis Jelebu Maslan Udin berkata, harimau kumbang jantan dewasa seberat 40kg itu mati dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, petang tadi.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, MPV itu yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun bersama keluarganya dalam perjalanan dari arah Seremban ke Kuala Klawang.

“Setibanya di tempat kejadian iaitu ketika melalui selekoh kanan menuruni bukit, harimau kumbang berkenaan secara tiba-tiba melintas menyebabkan lelaki itu tidak sempat mengelak dan melanggar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post