Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Skuad Harimau Malaysa memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2023 dengan langkah kemenangan selepas berjaya menundukkan Turkmenistan 3-1 pada aksi Kumpulan E yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Mendapat sokongan puluhan ribu penyokong setia yang pastinya menagih kemenangan, anak buah Kim Pan-gon tampil dengan begitu garang terutamanya pada awal permainan.
Dominasi yang dipamerkan nyata membuahkan hasil apabila skuad negara berjaya mendapatkan jaringan pembukaan pada minit ke-11 menerusi Safawi Rasid.
Berpunca daripada hantaran lintang Arif Aiman Mohd Hanapi yang dihalang penjaga gol, Orazmuhammedov Mammet telah memberikan ruang kepada Safawi dengan tenang menolak masuk bola bagi meletakkan skuad negara di hadapan.
Jaringan itu jelas meningkatkan moral barisan pemain negara untuk menambah jaringan dan hampir melakukannya pada minit ke-15 tetapi Darren…