Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Harimau Malaya gigit jari, Tajikistan juara Pestabola Merdeka

today17 October 2023

Background


Ketua pasukan Malaysia Dion Cools (kanan) bersaing merebut bola dengan dua pemain Tajikistan pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Malaysia gagal dalam misi menjuarai Pestabola Merdeka 2023 apabila tewas 2-0 kepada Tajikistan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Malaysia dikejutkan dengan jaringan Rustam Soirov pada minit-44.

Anak buah Kim Pan Gon menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan namun dinafikan oleh Tajikistan yang kental bertahan.

Tajikistan yang berada di ranking ke-110 terbaik dunia mengesahkan kemenangan dua minit sebelum wisel penamat menerusi jaringan Shahrom Samiev.

Selain menantikan aksi dua pasukan terbabit, keadaan padang yang baru selesai dinaik taraf turut menjadi perhatian.

Ia mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak susulan rumput di gelanggang rasmi Harimau Malaya itu tercabut di beberapa bahagian padang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Harimau Malaya kena taji

Kuala Lumpur: Harapan skuad Harimau Malaya untuk menjulang Pestabola Merdeka bagi edisi ke-42 musnah selepas tumbang 0-2 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

today17 October 2023