Tanggal 25 Mac 2020 merupakan Hari Polis Ke-213.
Apa yang membuatkan hari itu istimewa pada tahun ini adalah tindakan pelawak, Harith Iskander yang bermurah hati memberi sumbangan kepada kakitangan polis tatkala negara sedang dilanda wabak Covid-19 ketika ini.

Difahamkan, pelawak berusia 53 tahun itu memberi sumbangan topeng muka beserta bekalan makanan kepada petugas di Ibu Pejabat Polis Negeri (IPK) Shah Alam.
Perkara gembira itu dikongsikan Harith menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.
Sumbangan itu sebagai tanda bantuan kecil terhadap pejuang barisan hadapan atau front lines dalam membantu rakyat Malaysia memerangi virus Covid-19 selain menghargai jasa dan sumbangan wira negara sempena Hari Polis.