

Sebanyak 14 harta disita dari rumah Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos awal tahun ini akan dilelong pada 22 Jun bagi mendapatkan semula bayaran tunggakan saman fitnah difailkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Satu waran sita telah dikeluarkan terhadap Jamal selepas beliau gagal menjelaskan kos guaman melebihi RM66,000 sepertimana diputuskan dalam kes saman fitnah difailkan Kok.
Peguam Kok, SN Nair, berkata Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan interplider difailkan anak lelaki dan abang ipar Jamal, yang sebelum ini menuntut hak milik ke atas barangan disita itu.
Mereka diperintahkan membayar kos keseluruhan RM10,000.
“Jadi, tiada lagi sebarang halangan untuk prosiding pelaksanaan (hukuman) diteruskan,” kata Nair.
Pada 2022, Mahkamah Tinggi memerintahkan Jamal membayar ganti rugi…