
Pertikaian di Asia Barat harus diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan menghormati undang-undang antarabangsa, tegas Malaysia.
Menteri Luar Mohamad Hasan menyampaikan pendirian negara itu selepas dimaklumkan tentang perkembangan semasa konflik di rantau tersebut, oleh Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, di New Delhi, India.
“Malaysia menegaskan pendirian bahawa segala pertikaian perlu diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa, demi menjamin keamanan, kestabilan serta keselamatan di rantau tersebut,” katanya di Facebook.
Mohamad bertemu Abbas di tepian mesyuarat menteri-menteri luar negara rakan BRICS, hari ini.
Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Feb lalu yang mencetuskan tindak balas Tehran terhadap Israel serta sekutu AS di Teluk, selain Selat Hormuz…