
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menolak pandangan Presiden Amanah Mohamad Sabu yang bekas partinya itu sering mengubah fatwa mengikut situasi.
Mengulas dakwaan bekas timbalan presiden PAS itu, Hashim menegaskan pandangan Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu tidak lagi relevan kerana parti itu telah bergerak ke depan, malah berkembang sejak beliau meninggalkan parti pada 2015.
Mohamad menubuhkan Amanah selepas gagal mempertahankan kerusi timbalan presiden PAS pada 2015. Beliau turut disertai beberapa bekas pemimpin PAS antaranya Mujahid Yusof Rawad, Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad.
Hashim mendakwa, sokongan PAS kini semakin bertambah sejak itu dengan memenangi banyak kerusi Parlimen pada PRU15 dan menguasai empat negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
“Pandangan itu tidak membimbangkan kepada PAS dan beliau berhak, tapi lebih beri kesan apabila…