Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hasil kajian autonomi pendidikan untuk Sarawak dijangka selepas sebulan

today5 November 2023

Background


Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mempengerusikan jawatankuasa teknikal MA63.

PETALING JAYA: Harapan Sarawak untuk memperolehi autonomi berkaitan pendidikan akan bergantung pada kajian suatu kumpulan jawatankuasa kerja Perjanjian Malaysia 1963, menurut Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Kumpulan tersebut dijangka akan melaporkan hasil kajian tentang kuasa-kuasa berkaitan pendidikan kepada jawatankuasa teknikal MA63 yang dipengerusikan Fadillah selepas sebulan.

Menurut Fadillah, laporan itu nanti akan menyatakan kuasa-kuasa yang boleh kerajaan persekutuan serahkan kepada Sarawak berkaitan pendidikan.

“Perbincangan atau rundingan sedang berjalan. Jadi, kita tunggu selepas sebulan dan kemudian, kita lihat apa hasil daripada perbincangan jawatankuasa kumpulan kerja dan selepas itu, saya rasa kita buat pengumuman,” katanya, menurut Utusan Borneo.

Beliau ditanya mengenai usaha membawa autonomi berkaitan pendidikan ke Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post