
PAS menyifatkan Dr Hasmah Ali sebagai tokoh membantu menaikkan martabat wanita Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, pendidikan, dan ekonomi sepanjang Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan, berkata pemergiannya adalah kehilangan kepada keluarga serta seluruh rakyat Malaysia.
“PAS merakamkan ucapan takziah buat keluarga Dr Mahathir Mohamad atas pemergian isteri, ibu, dan juga nenek tercinta Dr Hasmah Ali di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, menerusi hantaran di Facebook menganggap Hasmah tokoh wanita yang dihormati, selain dikenali melalui sumbangannya sebagai doktor dan tokoh masyarakat.
“Dalam perjalanan panjang kehidupan Dr Mahathir, Almarhumah sentiasa berada di sisi, melalui pelbagai fasa suka dan duka, ketika berada di puncak kepimpinan negara mahupun…