Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hasrat PBM sertai BN dapat respons positif, kata Zuraida

today10 October 2022

Background



Zuraida Kamaruddin menjangkakan keputusan permohonan PBM menyertai BN akan diumumkan dalam masa terdekat. (Gambar Bernama)

SEGAMAT: Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zuraida Kamaruddin mendakwa hasrat parti itu menyertai Barisan Nasional (BN) menerima respons positif, namun gabungan itu belum memberi keputusan rasmi mengenai permohonannya.

Katanya, terdapat beberapa perkara perlu diteliti Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dan pihaknya menjangkakan keputusan permohonan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Semua berjalan lancar, seperti yang saya cakap tadi, ia mendapat respons positif, cuma beliau (Zahid) belum lagi memberi kenyataan rasmi setakat ini, mungkin selepas bubar (Parlimen) beliau akan bagi kenyataan,” katanya selepas Program Jelajah Jom Reset Segamat.

Turut hadir penyandang kerusi Parlimen Segamat yang juga timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya, Santhara Kumar.

Berhubung kerusi yang akan ditandingi PBM pada pilihan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post