Hot FM

Hasrat ‘YB Hulk’ kembali ke Pengkalan Batu mungkin tidak kesampaian


Norhizam Hassan Baktee
Norhizam Hassan Baktee mula mewakili DUN Pengkalan Batu pada PRU14 sebelum tewas semasa PRN Melaka berlangsung lima tahun lalu.
PETALING JAYA:

Hasrat ‘YB Hulk’ Norhizam Hassan Baktee untuk kembali bertanding di Pengkalan Batu mungkin tidak kesampaian apabila kerusi itu difahamkan tidak termasuk dalam senarai Bersatu pada PRN Melaka.

Ketua Penerangan Bersatu Melaka Hishamuddin Abdul Karim berkata parti juga belum memuktamadkan calon dan kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya itu.

“Bersatu belum memuktamadkan keputusan berkaitan PRN Melaka, termasuk soal calon dan kerusi.

“Saya difahamkan kerusi Pengkalan Batu tiada dalam senarai Bersatu,” katanya kepada FMT.

Hishamuddin turut berkata kenyataan Norhizam mengenai hasratnya untuk kembali bertanding mungkin pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian parti.

Media semalam melaporkan Norhizam berhasrat kembali bertanding pada PRN Melaka dan masih mahu berkhidmat di Pengkalan Batu kerana mendakwa penduduk kawasan itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version