Selepas enam bulan melalui episod putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, pelakon, Elfira Loy akhirnya mengesahkan dia sudah menjadi tunangan orang dalam satu majlis yang berlangsung pada 2 September lalu.
Elfira menerusi laman Instagramnya turut berkongsi gambar bersama lelaki yang dikenali sebagai Faris Khairol Anuar itu pada hari yang dianggap paling istimewa.
Elfira berkongsi gambar di Instagram
“Instagram merupakan album digital saya untuk selamanya dan saya suka untuk berkongsi apa yang saya suka, cinta dan luahkan apa sahaja di ruang ini,”
“Saya berkongsi kepada anda sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini. Saya sangat gembira, terharu dan tersentuh.”
“Apa yang terbuku di hati biarlah tersimpan di dalam hati. Kerana hati sudah dimiliki,”
Hubungan Elfira dan jejaka berkenaan yang juga merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk terkenal itu mula dihidu beberapa bulan lalu, apabila dia memuat naik foto bersama.
Sebelum ini, Elfira pernah memuatnaik gambar di atas di laman Instagramnya beserta kapsyen yang manis, “Buang kebencian , lahirlah kebahagiaan”, seolah-olah dia sedang dilamun cinta dengan jejaka tersebut.
Tahniah diucapkan buat Elfira dan tunang, semoga ikatan pertunangan mereka terus utuh sehingga ke jinjang pelamin.