Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hati-hati berita fitnah, palsu menjelang hari pengundian, kata Fahmi

today9 July 2026

Background


Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil ketika berucap dalam satu program di Batu Pahat malam tadi. (Gambar Bernama)
BATU PAHAT:

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil menasihatkan pengundi supaya berwaspada dengan penyebaran fitnah dan maklumat palsu yang dijangka meningkat menjelang hari pengundian PRN Johor Sabtu ini.

Beliau berkata, orang ramai perlu menyemak kesahihan setiap maklumat yang diterima dan merujuk kepada media arus perdana sekiranya timbul sebarang keraguan.

“Saya nak pesan dalam tempoh yang berbaki lebih kurang 36 jam (sebelum hari mengundi) kita akan berdepan macam-macam berita fitnah, macam-macam berita palsu. Macam-macam benda yang tidak betul.

“Saya mohon semua pastikan anda mendapat maklumat dari sumber sahih. Kalau nak sumber sahih, rujuk media arus perdana sekiranya meragui kesahihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah Grand Finale Harapan DUN Senggarang yang turut dihadiri Pengerusi PH Anwar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post