
PETALING JAYA: Ketua badan pemikir kesihatan tempatan mengingatkan kerajaan agar berwaspada mengenai “cita-citanya yang tinggi” untuk mengharamkan penjualan rokok dan produk tembakau bagi mereka yang dilahirkan selepas 2005.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib berkata, rancangan itu “bercita-cita tinggi” kerana ia berupa larangan yang hampir serta-merta.
Justeru Putrajaya perlu berhati-hati apabila melaksanakannya dan memastikan ia mendapat sokongan yang diperlukan daripada rakyat, tambahnya.
“Larangan merokok berdasarkan generasi ini berupa larangan yang hampir serta-merta, malah lebih awal daripada (yang dilaksanakan) New Zealand,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, penguatkuasaan yang lebih ketat dan berkesan penting…