
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan semua pihak, termasuk para menteri, agar lebih berhati-hati memberi kenyataan, terutamanya berhubung perkara yang melibatkan sensitiviti umat Islam.
Na’im berkata, peringatan itu juga terpakai bagi dirinya agar tidak mengeluarkan kenyataan yang membawa kepada perpecahan rakyat di negara ini.
“Soal sensitiviti agama saya selalu tekankan, kita tak nak salah buat kenyataan,” katanya ketika pemberita selepas menghadiri program Zikir Akbar Madani di Masjid Sultan Mizan.
“Nasihat saya supaya kita berhati-hati dalam setiap kenyataan yang dibuat, peringatan itu termasuk untuk diri saya juga.”
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Majlis Ulama Umno supaya menteri bukan Islam…