Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Hati-Hati Terima Karakter Antagonis, Ummi Nazeera Tak Mahu Orang Fikir Bertudung Tapi Perangai Jahat

today9 March 2023

Background

Pelakon versatile, Ummi Nazeera menganggap melakonkan watak antagonis bukan masalah yang besar buat dirinya.

Namun, dia bimbang sekiranya lakonannya itu memberikan kesan negatif dalam kalangan wanita bertudung.

“Yang menjadi isu dan kerisauan ialah mungkin akan wujud pandangan skeptikal dalam kalangan penonton seperti ‘bertudung tetapi perangai jahat.

“Tapi bagi saya sendiri, perkara itu tidaklah susah atau menjadi masalah yang besar sebab, kejahatan bukanlah bersandarkan daripada imej atau rupa tetapi dari hati,” katanya.

Ummi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Tonton Anugerah Drama Sangat yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 33, memohon agar orang ramai tidak melemparkan kata-kata kecaman hanya berdasarkan kepada penampilan seseorang.

Bahkan, berharap agar penonton melihat dari sudut positif dan tidak menjatuhkan hukum sesuka hati.

“Itulah yang menjadi kerisauan saya iaitu memburukkan imej perempuan bertudung. 

“Saya berharap penonton ambillah dari sudut positif dan jangan menjatuhkan hukum sesuka hati terhadap seseorang,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

 

Terdahulu, Ummi Nazeera turut tercalon dalam satu kategori dibawah pemilihan juri menerusi drama popularnya, Risik Pada Hati.

Sekadar info, sebanyak 15 kategori dipertandingkan dalam Anugerah Drama Sangat yang akan berlangsung pada Ahad, 12 Mac ini antaranya, Drama Terbaik, Drama Popular, Drama Terbaik 8TV, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Drama Novel Adaptasi Terbaik Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton.

Manakala, terdapat 8 kategori yang dibuka untuk undian peminat iaitu, Drama Popular, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Drama Adaptasi Novel Terbaik, Anugerah BBNU Tonton, Oppa Pilihan Tonton (Undian penonton sebanyak 30 peratus dan penjurian profesional sebanyak 70 peratus).

 

Written by: Salma