

Umno dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menerima kembali bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar yang meninggalkan parti itu kurang dua tahun lalu untuk menyertai Bersatu.
Penganalisis dari Universiti Sains Malaysia Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata kepulangan Noh mungkin didorong oleh keinginan untuk bertanding di bawah panji Umno dalam PRU16.

Fauzi juga mempersoalkan alasan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu bahawa beliau kembali ke Umno kerana tertarik dengan pendirian anti-DAP parti itu di Johor, dan menyifatkan alasan tersebut sebagai ‘bodoh’.
“Beliau datang dari Selangor, di mana kerjasama antara Barisan Nasional (BN)-Umno dan Pakatan Harapan (PH)-DAP masih berjalan.
“Dan pendirian anti-DAP Umno Johor baru-baru ini boleh dianggap sebagai gimik menjelang PRN…