
Penyanyi Siti Sarah berkata, Misha Omar memiliki hati yang mulia kerana sudi memaafkan ahli kelab peminat Sarah susulan isu fitnah baru baru ini.
Sebelum ini, Misha dan peguamnya mengadakan sidang media berhubung fitnah dibuat 3 individu di laman sosial yang menyebut kemenangan Misha dalam AJL33 adalah dengan cara menggunakan sihir.
Sarah berkata, dia akan berjumpa dan bercakap secara peribadi dengan Misha mengenai isu fitnah ini, dan mahu menjernihkan keadaan, memandangkan dakwaan yang dibuat datang dari kelab peminatnya sendiri.
“Saya berasa sedih dengan apa yang berlaku terutama si pelaku. Sebab dia terlalu taksub dan obses sampai terbawa bawa rasa kekecewaan”
“Bagi Sarah, apa yang terjadi adalah antara individu terbabit dengan Misha. Cuma, nama saya terheret sama memandangkan individu terbabit adalah ahli kelab peminat saya iaitu Hearty Sarah”
