Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Hati Wanita Lembut, Mudah Jatuh Cinta” – Ziana Zain Nasihat Anak Gadis, Jangan Sesekali Membelakangi Ibu Bapa & Agama

today6 June 2024

Background

Penyanyi tersohor, Ziana Zain menasihati golongan anak muda terutamanya wanita untuk tidak membelakangi ibu bapa dalam apa jua perkara sekalipun.

Kata Ziana, dia memahami sifat wanita yang amat mudah untuk jatuh cinta namun begitu mereka perlu menjadikan orang tua sebagai penasihat agar kehidupan anak muda terlindung daripada perkara yang tidak diingini.

“Wanita ni hati dia lembut, mudah jatuh cinta. jadi hati hati, ibu bapa ni kita sebagai anak kena sentiasa jadikan mereka sebagai penasihat. Mereka hidup lebih lama dari kita, banyak perkara yang mereka dah lihat.

“Jangan sesekali pandang remeh apa yang orang tua-tua cakap. Sebelum kita berkenalan dengan orang tu, tengok dulu kita berkawan dengan siapa. Kaji latar belakang dia macam mana.

“Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, tapi nasihat orang tua jangan ketepikan. Jangan nak kata ini zaman sekarang, ibu bapa tak tahu,” katanya.

Ziana berkata demikian ketika diajukan soalan pendapat peribadinya mengenai segelintir akhlak anak muda khususnya wanita yang semakin berani dalam era zaman kini.

Ziana Zain

Sementara itu, pelantun lagu popular Madah Berhelah ini tidak menafikan dia juga pernah melalui fasa berhibur dengan rakan-rakan namun akan sentiasa menjadikan Agama sebagai penunjuk.

Dalam masa sama, Ziana turut menasihati golongan anak muda untuk tidak takut kehilangan rakan-rakan sekiranya mereka mengajak untuk melakukan perkara tidak senonoh.

“Saya nak cakap pun tak berani sebab saya juga ada anak-anak. Guideline saya satu je, ‘don’t do beyond your limit’, sentiasa jadikan Agama itu sebagai guideline.

“You can still enjoy, dengan kawan-kawan dengar live band. Saya pun pernah melalui fasa itu, cukup masa balik rumah.

“Tengok siapa kawan, siapa lawan. Kalau orang nak bagi barang yang tak senonoh, jangan ikut.

“Tak kisah la if orang tu kata kita ni tak berani, no such thing as that. Kalau iyanya membawa kepada keburukan, tak usah.

“Tak rugi, ada kawan lain lagi lebih baik. Bukan bermakna satu kawan you tinggalkan, you tak ada kawan. Kita akan sentiasa jumpa dengan orang baru,” tuturnya lagi ketika ditemui baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Masih Berbisa Di Usia 56 Tahun, Ziana Zain Pukau Lebih 5,000 Peminat Dengan Persembahan Mantap

Artikel Berkaitan: Tular Video Berbusana Pengantin, Ziana Zain Dah Nikah? Ini Penjelasan Pengurus

Artikel Berkaitan: Anggap AJL Sebagai Pentas Untuk Kekal Relevan, Ziana Zain Titip Semangat Buat Penyanyi Baharu – “Kita Ni Ibarat Tentera, Kena Kebal”

Written by: Salma


Previous post