Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Hattan Sokong Kaka Azraff – “We Stand Strong Behind You”

today4 December 2023

Background

Penyanyi otai, Datuk Hattan menunjukkan tanda sokongan kepada penyanyi, Kaka Azraff yang dikhabarkan telah ditamatkan kontrak syarikat rakaman Warner Music dek terlalu lantang menyuarakan solidariti kepada Palestin.

Menerusi sebuah video di Instagram miliknya, pemilik lagu Memburu Rindu ini menasihati Kaka untuk membina syariak rakamannya sendiri.

“Kaka Azraff we stand strong behind you, jangan risau. Kalau tak ada rezeki kat company tu, cabut je company lain, buat sendiri.

“Buat je independent label sendiri, tak ada hal. Apa ada masalah, rezeki ada di mana-mana.

“Kaka dah menang Anugerah Juara Lagu (AJL) pun, buat company sendiri pun mesti ada ramai orang support punya. Don’t worry Kaka, I salute you,” katanya.

@xtra_my

Semoga Kaka terus kuat hadapi ujian in! #fyp #xtramy #datohattan #sokong #kakaazraff #palestine #israel #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sebelum ini,  nama Kaka teruk diserang netizen Israel selepas profilnya dikongsi akaun Instagram pro-Yahudi, Jew Hate Database gara-gara pertahankan Palestin di Instagram Story (IGs) seorang pelakon dan pempengaruh luar negara, Nathaniel Buzolic, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Kaka berkata dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

Artikel Berkaitan: Profile Kaka Azraff Tersebar Di IG ‘J*w Hater’ Gara-Gara Pertahankan Palestin

Artikel Berkaitan: Kontrak Kaka Azraff Di Warner Music Akan Dibatalkan?

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Wai Ching takluk Menara Canton

Kuala Lumpur: Jaguh pelari menara negara Soh Wai Ching menambah satu lagi koleksi kejuaraannya apabila berjaya menakluk Menara Canton setinggi 450 meter (m) pada kejohanan 10th Canton Tower Run Up di Guangzhou, China pada Ahad.

today4 December 2023