Rentetan kes buli di sekolah yang kian mendapat perhatian ramai, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal turut cakna dengan perkembangan anak-anak mereka.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Risau Wawa Zainal & Hayla Kena Penyakit Ain
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Hadiahkan ‘Chiller’ Kepada Haura, Sokong Minat Anak Jadi ‘Baker’
Nasihat untuk anak-anak

Ketika ditemui OhBulan!, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 36, berkata, dia dan isteri sering memantau, membimbing serta menasihati anak-anak supaya terhindar daripada sebarang perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.
Kita kena faham yang anak kita tak boleh terlalu bergantung harap dengan ibu bapa sahaja, kita kena ajar dia untuk berdikari juga.
Tetapi kita juga haruslah memberi bimbingan dan jangan hanya sekadar bercakap sahaja.
Beri mereka jalan penyelesaian jika sesuatu perkara yang tak diingini berlaku dan apa yang perlu mereka lakukan.
Selalunya orang yang pendiam akan dibuli,…