Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hebat Dan Berani, Naib Canselor Sempoi Layan Graduan Bersilat Ketika Terima Skrol

today13 June 2022

Background

Ketika ini, kebanyakan universiti tempatan kembali menganjurkan majlis konvokesyen dengan meriah selepas 2 tahun para graduan terpaksa menunggu serta menghadiri konvokesyen dengan SOP yang ketat.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @swimiss.academy telah berkongsi sebuah video memaparkan seorang graduan yang bersilat ketika mahu mengambil skrol pada majlis konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL).

@swimiss.academy

Naik Syeikh baiii.. ha ha ha #uniselawesome #uniseltiktokchallenge2022

♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Menerusi video itu, dapat dilihat graduan tersebut santai membuka langkah silat di hadapan Naib Canselor. Difahamkan, graduan itu merupakan penerima skrol terakhir dan Naib Canselor juga ‘sporting’ layan gelagat graduan tersebut.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen dilihat memuji keberanian graduan tersebut melakukan aksi silat diatas pentas. Malah, para netizen juga terkejut kerana graduan itu melakukan aksi tersebut.

Tidak hanya itu, ada juga netizen mengatakan mungkin disebabkan ianya majlis konvokesyen universit swasta maka boleh melakukan aksi sedimikian. Malah, segelintir netizen juga mengatakan jika ramai graduan buat pelbagai aksi mesti majlis akan bertambah lama.

Written by: Mimieyuzi