Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Heboh Tudung Mutiara Che Ta Viral, Macam Mahal Tapi Sebenarnya….

today22 January 2023

Background

Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan menjadi bualan apabila tudung keluaran terbaharunya, Bawal Che Ta meraih perhatian ramai.

Menampilkan kelainan, aktres yang mesra disapa Che Ta itu tampil dengan koleksi tudung bawal bertatah mutiara dengan harga mampu milik.

View this post on Instagram

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Ada orang kata tudung kita ni harga RM250. Tidak ya. RM25 sahaja. Tengok bila kita styling dengan coat ni, ala-ala macam CEO office.

“So, semua orang mampu pakai Bawal Che Ta ni, bertatahkan mutiara,” kata Che Ta dalam sebuah hantaran di TikTok.

@rozitachewan1 bawal che ta dah landing uolssssss . #bawalcheta #muriara #cheta #rcw #rcwscarves #fyp ♬ original sound – ROZITA CHE WAN

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Che Ta kerana mengeluarkan produk yang dijual dengan harga mampu milik.

Baru sahaja dilancarkan, koleksi pertama tudung Bawal Che Ta terjual sebanyak 20,000 helai dalam masa dua jam.

Written by: Aqilah