Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Helaian janggut dirampas dari rumah pengurusan tertinggi GISBH

today23 September 2024

Background


Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata helaian janggut, buku dan risalah itu bertentangan ajaran Islam serta dipercayai mempunyai kaitan dengan tarekat Aurad Muhammadiyah dan kumpulan Al-Arqam difatwakan haram pada 1994.

PETALING JAYA: Helaian janggut disimpan dalam bekas khas antara barang dirampas menerusi Op Global fasa empat di sebuah rumah pengurusan tertinggi Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Rawang Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata 455 risalah dan logo berkaitan turut dirampas serta diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Helaian janggut, buku dan risalah ini didapati bertentangan ajaran Islam dan dipercayai mempunyai kaitan dengan tarekat Aurad Muhammadiyah dan kumpulan Al-Arqam yang difatwakan haram pada 1994,” katanya menurut Bernama dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung ugutan ke atas Mufti Perlis, Mohd…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post