
IPOH: Lima anggota pasukan perubatan dan seorang juruterbang selamat selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan Brinchang, Cameron Highlands tengah hari tadi.
Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf, ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
“Itu yang kami terima setakat ini. Semuanya selamat,” katanya ringkas.
Insiden yang berlaku pada 1.15 tengah hari ketika pesawat milik swasta itu dipercayai dinaiki seorang doktor dan dan empat pegawai perubatan dari Lojing, Cameron Highlands menuju ke Ipoh.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam kenyataan memaklumkan tiga penumpang cedera parah dan tiga lagi cedera ringan.
Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat yang dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn Bhd…