Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hempas bayi sampai bawa kematian, bapa dipenjara 16 tahun

today19 January 2026

Background


baby bayi
Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Danial Iman Mohd Sharif dan perintah hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada Julai 2022.
PETALING JAYA:

Bapa yang menghempas bayi dua bulan sehingga menyebabkan kematian empat tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 16 tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Danial Iman Mohd Sharif dan memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada Julai 2022.

Dalam alasan penghakiman dikeluarkan 15 Jan, Hakim Aslam berkata dalam mana-mana kes jenayah melibatkan hukuman, kepentingan awam merupakan faktor yang dan harus diutamakan mahkamah semasa menjatuhkan hukuman.

“Tertuduh telah mengaku bersalah tanpa syarat dan dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun bermula dari tarikh penahanannya. Tertuduh yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan, kini telah mengemukakan rayuan di Mahkamah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post