Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hempuk ibu guna topi keledar, anak dipenjara 5 bulan

today8 August 2024

Background


Mahkamah Majistret Ayer Keroh
Tertuduh, Ezat Hamidee Abdul Latib, 35, turut didakwa ambil methamphetamine ketika kejadian, pada 4 Ogos. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Lelaki dihukum lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku salah menghempuk kepala ibunya menggunakan topi keledar, minggu lalu.

Tertuduh, Ezat Hamidee Abdul Latib, 35, menyatakan dia berbuat demikian kerana marah ditegur oleh ibunya, selain malu apabila keluarga mengetahui dia baru keluar pusat serenti.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Ezat yang mengaku salah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Tambak Bugis, Telok Mas, kira-kira 12.30 tengah hari pada 4 Ogos lalu, lapor Berita Harian.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua hukuman itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar bagaimanapun memohon hukuman…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post