Isu & Kontroversi
Stesen TV Al Hijrah menerima kecaman hebat selepas menjemput Wan Nor Baizura Bharudin (Kak Long) sebagai tetamu untuk program Trending.
Bukan sahaja netizen yang bersuara malah selebriti juga tidak bersetuju dengan tindakan stesen televisyen itu.
Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf Dengan Pekerja Kedai Serbaneka, ‘Kak Long’ Minta Netizen Henti Sebar Video – ‘Maruah Saya Dah Tercalar’
Artikel berkaitan: Panggil ‘Kak Long’ Sebagai Tetamu Program, Netizen Kecam PU Amin & Stesen TV
Artikel Berkaitan: Viral Isu Panggil ‘Kak Long’ Sebagai Tetamu Program, TV AL Hijrah Ambil Keputusan Tangguh Siaran Episod Tersebut
Pengacara dan pelakon Awal Ashaari tampil menyuarakan pendapatnya di Instagram Stories. Menurut Awal, 40, tindakan ‘Kak Long’ mengamuk di kedai serbaneka baru-baru ini sekadar untuk meraih populariti.
Kata pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari, secara tak langsung jemputan dari stesen telvisyen itu telah membuka jalan untuk ‘Kak…