
PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang berharap rakyat Malaysia ‘tidak lagi bercakap tentangnya’, sebaliknya memberi sokongan kepada generasi pelapis sukan berbasikal.
Beliau mahu barisan pelapis seperti Muhammad Shah Firdaus Sahrom meneruskan legasinya, memandangkan kemaraannya sehingga peringkat akhir acara keirin lelaki, pada Olimpik Paris 2024.
“Bagi saya, saya sangat berharap Shah (Firdaus Sahrom) akan meneruskan legasi saya selepas ini. Shah, abangnya, dan beberapa lagi yang lain.
“Ini bukan tentang saya lagi. Saya harap peminat sukan dan rakyat Malaysia akan berhenti bercakap tentang saya. Ini bukan tentang saya, ini tentang menyokong (Shah Firdaus) dan generasi akan datang,” katanya kepada Astro Arena.
Azizulhasni, yang digelar ‘The Pocket Rocketman’, berkata beliau bersedia membimbing generasi baharu jika diperlukan.
“Jika mereka…