
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda tidak mahu sebarang ajaran sesat dan menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar serta tidak mengikuti landasan Ahli Sunah Waljamaah bertapak di negeri itu.
Baginda bertitah supaya rakyat Pahang menjadi mata dan telinga pemerintah dengan melaporkan sebarang penyebaran ajaran sesat serta berpegang teguh kepada Ahli Sunah Waljamaah, al-Quran, dan al-Sunah.
“Janganlah kita mendewa-dewakan, mentaasub pada mana-mana pemimpin ataupun guru-guru ataupun abuya. Hentikan semua ini. Saya tunggu laporan polis (mengenai) keadaan (ajaran sesat di Pahang).
“Saya dimaklumkan untuk berkongsi bersama sepanjang apa yang saya lalui dan dimaklum di Pahang, suatu ketika ada 34 ajaran sesat ataupun salah. Alhamdulillah, hari ini ada enam…