Sekumpulan NGO dan individu terkemuka menggesa pihak berkuasa menjamin keselamatan mereka yang terbabit dalam filem itu.

PETALING JAYA: Sekumpulan NGO hak asasi manusia dan individu terkemuka menggesa kerajaan menghentikan gangguan semakin meningkat terhadap pelakon dan penerbit filem kontroversi “Mentega Terbang”.
Kata kumpulan itu, langkah mesti diambil untuk memastikan keselamatan semua terbabit dalam filem itu yang kini disiasat kerana didakwa mencetuskan provokasi agama.
Mereka berkata, kebebasan bersuara terpakai untuk semua jenis idea, termasuk yang boleh menyebabkan kesalahan atau mencabar kepercayaan agama.
“Menghasilkan filem, yang mungkin dilihat segelintir pihak sebagai menghina agama, dilindungi di bawah hak kebebasan bersuara,” kata kumpulan itu dalam kenyataan bersama.
Antara kumpulan yang…