
NEW DELHI: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengulangi kritikan terhadap kurangnya tindakan komuniti antrabangsa dalam menangani kekejaman ke atas rakyat Palestin di Gaza dan menggesa menyebarluaskan “mesej jelas” genosid sedang berlaku perlu ditamatkan.
Katanya, Israel sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai, tetapi tidak banyak tindakan diambil di peringkat antarabangsa bagi menghalangnya.
Beliau mengakui ramai menyuarakan pandangan mengenai “genosid di Ukraine”, namun apabila lebih 40,000 orang terbunuh di Palestin, mereka menganggapnya “kesan peperangan” dan menerimanya begitu saja.
“Ini benar-benar mengejutkan dan saya anggap ia satu hipokrasi…Hipokrasi ini perlu ditamatkan,” katanya dalam sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan dalam satu perjumpaan badan…