
PETALING JAYA:
Naib Presiden PKR Roland Engan berkata kerajaan Sabah dan Sarawak mesti menghentikan segera semua aktiviti penebangan hutan jika mahu menuntut bahagian terbesar hasil cukai karbon persekutuan.
Roland berkata hasil cukai karbon tidak sepatutnya dianggap sebagai ganjaran semata-mata kerana kedudukan geografi kedua-dua negeri, sebaliknya perlu disertai komitmen jelas untuk memelihara alam sekitar pada masa depan.
“Jika Malaysia Timur mahu diberi pampasan kerana menjadi kawasan penyerap karbon utama negara, maka kawasan itu mesti dilindungi secara aktif.
“Kita tidak boleh menuntut 70% hasil cukai karbon tetapi pada masa sama membenarkan hutan yang menjadi punca nilai itu terus dimusnahkan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan…