
PETALING JAYA: Aktivis membantah ketiadaan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA), sebelum tanah ditebus guna untuk projek Melaka Gateway.
Ketua Pegawai Eksekutif EcoMy, Andrew Sebastian berkata, sebelum sebarang kerosakan berlaku, pihak berkuasa tempatan perlu mengeluarkan arahan henti kerja serta-merta sehingga EIA mandatori dijalankan dan penemuan dilaporkan.
Pada 8 Ogos lalu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong di Dewan Rakyat berkata, laporan EIA tidak pernah dikemukakan untuk projek seluas 553ha itu.
Khoo sebelum ini menggesa projek itu dihentikan sehingga siasatan dibuat terhadap status laporan EIA.
Sebastian memberitahu FMT, pihak berkuasa Melaka dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu mendedahkan perkembangan penebusgunaan setakat ini.
Beliau bertanya…