
PAS perlu ubah strategi dengan berhenti menyerang atau menyalahkan DAP pada setiap kali kempen pilihan raya, kerana ia hanya akan meleburkan peluang membentuk kerajaan negeri pada PRN akan datang.
Penganalisis politik, Rabi’ah Aminudin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata PAS perlu menunjukkan kredibiliti untuk memegang tampuk pentadbiran dengan membawa isu-isu yang membina di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“PAS perlu bawa isu-isu seperti sosioekonomi, isu tanah dan perumahan, serta isu ketelusan dan kecekapan institusi pentadbiran negeri.
“Isu kerjasama Umno-DAP lebih berbentuk emotif dan akan kurang berkesan sekiranya terlalu kerap diulang,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria meminta pengundi PRK Ayer Kuning memberi ‘signal’ kepada Umno yang ramai tidak bersetuju kerjasama…