Syerleena Abdul Rashid berkata mereka yang cuba membunuh diri perlukan sokongan bukannya hukuman.

PETALING JAYA: Dua Ahli Parlimen DAP menggesa siasatan terhadap cubaan membunuh diri digugurkan dan satu moratorium dikuatkuasa terhadap siasatan seperti itu, selepas polis menyiasat seorang remaja yang cuba membunuh diri.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid berkata polis tidak seharusnya “menghukum” mereka yang cuba membunuh diri dengan menyiasat mereka kerana akan menyebabkan lebih trauma.
Katanya, tindakan seperti itu tidak akan menyelesaikan masalah sedia ada.
“Bimbang dikenakan tindakan undang-undang menghalang seseorang itu mendapatkan bantuan yang sangat mereka perlukan.
“Mereka yang cuba membunuh diri perlukan sokongan dan belas kasihan, bukannya hukuman,” katanya…