
PETALING JAYA: Ahli politik dan orang awam harus fokus usaha membantu mangsa berbanding membuat spekulasi kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights, Selasa lalu, kata bekas Ahli Parlimen.
Menurut Maria Chin Abdullah, tidak adil untuk membuat kesimpulan awal berkait kejadian itu ketika siasatan masih dijalankan.
“Dalam waktu krisis, tumpuan harus diberikan kepada mereka yang terkesan. Paling penting jaga kebajikan mangsa.
“Kita perlu pastikan mangsa boleh kembali kepada kehidupan normal, yang amat penting untuk mereka,” katanya kepada FMT.
Maria, yang pernah menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya selama satu penggal mengulas isu tuding-menuding yang timbul berikutan insiden kebakaran di Putra Heights yang mengakibatkan kerosakan ke atas lebih seratus rumah dan kenderaan.
Beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri…