Menteri kesihatan berkata kementerian juga sedia mengkaji semula kajian 2019 yang mendapati bekalan pegawai perubatan mengalami kebanjiran bermula 2026.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) masih berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung keputusan menghentikan penajaan pelajar dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata KKM juga sedia mengkaji semula kajian dilakukan pada 2019 yang mendapati bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai 2026 hingga 2030.
“Kita tahu ada perubahan, terutamanya selepas pasca Covid-19 ini, jadi mungkin ada perkara baharu yang perlu dilihat semula pada kajian tersebut, mungkin pada polisi baharu.
“Kita bimbang juga (pelajar tidak berminat nak sambung pelajaran) perkara itu boleh berlaku. Kita akan lihat kajian yang…