
PETALING JAYA: Penganalisis mendakwa tindakan segelintir ahli politik yang melibatkan diri dalam misi bantuan banjir hanyalah sebagai “pertunjukan” semata-mata, selepas ramai netizen melemparkan kecaman di media sosial berhubung perkara itu.
Mereka berkata menteri khususnya, harus memberi tumpuan terhadap penggubalan dasar serta perancangan program dan menyerahkan kerja lapangan kepada pihak lain seperti bomba, polis dan kakitangan teknikal.
Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Azmi Hassan, berkata menteri dan pemimpin politik lain tidak patut “menghina kebijaksanaan rakyat” dengan mencari publisiti.
Beliau berkata, pegawai khas kepada menteri secara jelasnya tidak melakukan tugas sepatutnya bagi memastikan majikan mereka menerima gambaran yang…